MAKLUMAN SMRAMM 09...

>> Monday, August 31, 2009

Assalamualaikum.
Untuk makluman kepada pelajar tingkatan empat,tarikh pep.percubaan SMRAMM dipindah pada 13/9/09 dan berakhir pada 17/9/09. Seminar kecemerlangan SMRAMM pula akan diadakan bermula 2/9 hingga 9/9/09. Us harap kamu dah bersedia untuk mencipta kecemerlangan untuk diri kamu, ibubapa, guru, masyarakat dan negara.

S/U Pep.Dalaman MMPS09

Read more...

Semoga Berjaya semua

>> Tuesday, August 25, 2009


Kepada pelajar Tingkatan 5,semoga anda berjaya dalam Peperiksaan Percubaan pada 1.9.2009..Dan tidak lupa jugak kepada pelajar Tingkatan Enam,selamat mengikuti program seminar pemantapan STAM dan semoga berjaya dalam Syahadah Nihayah pada 1.9.2009..Kami semua mendoakan kejayaaan anda semua...

Read more...

Sejarah Maktab Mahmud Pokok Sena

Disebalik Maktab Mahmud Pokok Sena

Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Tuan Guru Dato’ Hj Hussain B. Hj Salleh dan rakan-rakan seperjuangan setempat.Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum juga dikenali Pondok Tok Janggut(Tuan Guru Hj Ahmad B. Yassin).Pada waktu itu sistem pendidikan disini dikenali dengan sistem pondok (talaqqi& umumi) yang mana ianya menekankan pengajian agama dan pengajian Arab sahaja.Tapak asal sekolah ini ialah di Makam Diraja Langgar.

Seramai 78 orang pelajar telah mendaftar diri pada tahun 1946.Walaubagaimanapun bilangan pelajar meningkat dari tahun ke setahun.Pada tahun 1962 perubahan telah berlaku dimana Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah mengguna pakai sistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia telah menjalankan SRP pada tahun 1966, SPM tahun 1974,STPM tahun 1987,dan STAM pada tahun 2002.Selain itu juga Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum juga menguna pakai Kurikulum Jabatan Agama Islam Kedah. Sehubungan itu,peperiksaan-peperiksaan kendalian JAbatan Agama Islam Kedah telah diperkenalkan pada tahun 1984 iaitu Sijil Rendah Ugama (SRU) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum kemudian Sijil Agama (SMRA)dan Sijil Tinggi Agama (STA).

PAda tahun 1986 bangunan Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah dipindah dari MAkam Diraja Langgar ke tapak sekarang.Keluasan tapak baru ialah 6 relung yang menampung 4 buah bangunan 2 tingkat sebuah surau & perpustakaan,sebah kantin dan sebuah makmal KHB.

Tanggal 01 Mac 2004 Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah diamil alih oleh kerajaan Negeri bagi Daerah Pokok Sena dan ditadbirkan oleh Lembaga MAktab Mahmud. Pada tanggal ini juga sekolah ini dinamakan sebagai Maktab Mahmud Pokok Sena.


************************
Zaman Raudhatul Ulum



*************************
Zaman Maktab Mahmud



Read more...

Kisah Sebenar - Yakinlah kepada Allah

>> Monday, August 24, 2009

Hari ini sekadar ingin berkongsi sebuah kisah yang mungkin dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian.. Kisah bagaimana seorang wanita muslim yang terlepas daripada menjadi mangsa rogol semasa pulang dari bekerja.. Mudah2an muslimat diluar sana mampu mengambil pengajaran atas amalan yang dilakukan wanita ini..

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that
I’m alone?”
(Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang
berjalan bersendirian?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night
I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu akan menjadi mangsa saya.)

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.




MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA.. Amalkanlah ayat Kursi ini walau dimana kita berada. Hatta menaiki kenderaan sekalipun.. Insyaallah Allah akan mengutuskan malaikat untuk menjaga kita hinggalah kita sampai ke destinasi yang ditujui.. Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. Amin..

Read more...

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: easya
editor: everjihad


4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat

Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir

Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi


1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!








6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :


“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”


3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

p/s : Semoga semua di atas sudah terlaksana..Ramadhan Kareem...

Read more...

Motivasi untuk Hari ini


Read more...

Jom Tuai Pahala di Bulan Barakah ini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

Read more...

Salam Mahabbah

>> Sunday, August 23, 2009



Alhamdulillah, akhirnya selesai jua proses edit segala HTML code n layout maka inilah hasilnya..Semoga blog MMPS akan menjadi nadi maklumat kepada para penuntut..Dengan terhasilnya blog ini, ini membuktikan Maktab Mahmud tidak ketinggalan menyahut cabaran untuk bersama-sama membangkitkan Maruah Maktab Mahmud di persada dunia..semoga ini menjadi wasilah yang jelas untuk sampaikan meseg atau berkongsi maklumat..Insyallah...Dalam masa terdekat ini, blog ini akan diupdatekan...Doakan ya....Akhir kalam, Salam Ramadhan al-Mubarak....

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

Back to TOP