Melambangkan ketahanan dan kekuatan mental serta fizikal warga Maktab Mahmud serta mempunyai semangat yang kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Lampu
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat kepada kehidupan.
3. Buku
Melambangkan sumber pengetahuan.
BENDERA SEKOLAH
MAKSUD BENDERA 3 JALUR
Mewakili ILMU, IMAN dan AMAL yang sentiasa dititikberatkan di kalangan warga Maktab mahmud.
KHANDIL
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat dalam kehidupan.
HIJAU
Adalah lambang keislaman yang berunsurkan ketenangan dan keharmonian
KUNING
Maktab Mahmud dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah
PUTIH
Kejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.
Cogankata ini adalah bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi Maktab Mahmud sebagai sebuah pusat pengajian yang berteraskan agama dan Bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Di sebalik cogankata AL ILMU NUR yang membawa maksud ilmu itu pelita hidup, tersirat falsafahnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan belia-belia Islam yang berketrampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggi bagi memartabatkan nama Maktab Mahmud. Selain itu, pelajar-pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di Maktab Mahmud. Selain pendidikan yang berunsurkan keagamaan, dan pelajaran akademik pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menyemai ketahanan rohani dan jasmani agar kecemerlangan pelajar akan lebih terserlah untuk meneruskan kehidupan mereka yang kian hari kian mencabar
Assalamualaikum. Untuk makluman kepada pelajar tingkatan empat,tarikh pep.percubaan SMRAMM dipindah pada 13/9/09 dan berakhir pada 17/9/09. Seminar kecemerlangan SMRAMM pula akan diadakan bermula 2/9 hingga 9/9/09. Us harap kamu dah bersedia untuk mencipta kecemerlangan untuk diri kamu, ibubapa, guru, masyarakat dan negara.
Kepada pelajar Tingkatan 5,semoga anda berjaya dalam Peperiksaan Percubaan pada 1.9.2009..Dan tidak lupa jugak kepada pelajar Tingkatan Enam,selamat mengikuti program seminar pemantapan STAM dan semoga berjaya dalam Syahadah Nihayah pada 1.9.2009..Kami semua mendoakan kejayaaan anda semua...
Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Tuan Guru Dato’ Hj Hussain B. Hj Salleh dan rakan-rakan seperjuangan setempat.Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum juga dikenali Pondok Tok Janggut(Tuan Guru Hj Ahmad B. Yassin).Pada waktu itu sistem pendidikan disini dikenali dengan sistem pondok (talaqqi& umumi) yang mana ianya menekankan pengajian agama dan pengajian Arab sahaja.Tapak asal sekolah ini ialah di Makam Diraja Langgar.
Seramai 78 orang pelajar telah mendaftar diri pada tahun 1946.Walaubagaimanapun bilangan pelajar meningkat dari tahun ke setahun.Pada tahun 1962 perubahan telah berlaku dimana Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah mengguna pakai sistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia telah menjalankan SRP pada tahun 1966, SPM tahun 1974,STPM tahun 1987,dan STAM pada tahun 2002.Selain itu juga Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum juga menguna pakai Kurikulum Jabatan Agama Islam Kedah. Sehubungan itu,peperiksaan-peperiksaan kendalian JAbatan Agama Islam Kedah telah diperkenalkan pada tahun 1984 iaitu Sijil Rendah Ugama (SRU) telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum kemudian Sijil Agama (SMRA)dan Sijil Tinggi Agama (STA).
PAda tahun 1986 bangunan Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah dipindah dari MAkam Diraja Langgar ke tapak sekarang.Keluasan tapak baru ialah 6 relung yang menampung 4 buah bangunan 2 tingkat sebuah surau & perpustakaan,sebah kantin dan sebuah makmal KHB.
Tanggal 01 Mac 2004 Sekolah Menengah Agama Raudzatul Ulum telah diamil alih oleh kerajaan Negeri bagi Daerah Pokok Sena dan ditadbirkan oleh Lembaga MAktab Mahmud. Pada tanggal ini juga sekolah ini dinamakan sebagai Maktab Mahmud Pokok Sena.
Hari ini sekadar ingin berkongsi sebuah kisah yang mungkin dapat kita jadikan amalan dalam kehidupan seharian.. Kisah bagaimana seorang wanita muslim yang terlepas daripada menjadi mangsa rogol semasa pulang dari bekerja.. Mudah2an muslimat diluar sana mampu mengambil pengajaran atas amalan yang dilakukan wanita ini..
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat.Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endahdan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on yourright side and the other one was by your left side.If you were alone of course you will be my victim.” (Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu akan menjadi mangsa saya.)
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
'Checklist'Amalan di Bulan Ramadhan www.iLuvislam.com
dihantar oleh: easya
editor: everjihad
4.00 pagi 1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 3.Mandi dan membersihkan diri. 4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita. 5.00 pagi
1.Makan sahur 2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor. 2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. 3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar. 2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh 2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. 2.Berniatlah untuk puasa esok hari. 3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah. 4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."
p/s : Semoga semua di atas sudah terlaksana..Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah, akhirnya selesai jua proses edit segala HTML code n layout maka inilah hasilnya..Semoga blog MMPS akan menjadi nadi maklumat kepada para penuntut..Dengan terhasilnya blog ini, ini membuktikan Maktab Mahmud tidak ketinggalan menyahut cabaran untuk bersama-sama membangkitkan Maruah Maktab Mahmud di persada dunia..semoga ini menjadi wasilah yang jelas untuk sampaikan meseg atau berkongsi maklumat..Insyallah...Dalam masa terdekat ini, blog ini akan diupdatekan...Doakan ya....Akhir kalam, Salam Ramadhan al-Mubarak....