Kokurikulum

>> Monday, February 1, 2010

Kegiatan kokurikulum sekolah yg merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah.Kegiatan ini adalah sebahagian drpd proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sbg penyumbang dan pelengkap kpd keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan Pasukan Badan Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu drpd setiap jenis aktiviti tersebut.

Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar untuk bergiat lebih aktif dlm kegiatan kokurikulum.Semua pelajar mempunyai peluang yg sama untuk memperolehi markah krn penilaian yg dibuat adalah setara.Bagi pelajar yg bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, penglibatan yg cemerlang dlm aktiviti kokurikulum blh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

Antara objektif kegiatan kokurikulum :-

  • Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yg boleh diterima pakai oleh semua sekolah.

  • Membantu Jabatan Pengurusan IPTA dlm membuat penilaian kemasukan pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

  • Menggalak dan meningkatkan penglibatan yg menyeluruh di kalangan pelajar dlm aktiviti kokurikulum.

Di MMPS telah diwujudkan beberapa kegiatan kokurikulum.Antaranya:

1. Jenis-jenis Pasukan Badan Beruniform:
- Persatuan Bulan Sabit Malaysia
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia
- PROSTAR
- Persatuan Seni Silat Sekolah

2. Kelab/Persatuan:
- Persatuan Bahasa Melayu
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Pendidikan Islam
- Persatuan Sains dan Matematik
- Persatuan Bahasa Arab
- Persatuan Sejarah dan Geografi
- Kelab Kesenian dan Kebudayaan

3. Jenis-jenis Sukan/Permainan:
- Bola Jaring
- Bola Tampar
- Bola Sepak
- Pingpong
- Sepak Takraw
- Futsal

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP