Niat Penentu Segalanya

>> Thursday, July 29, 2010

Dalam sebuah hadis nabi bersabda: "Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya . Niat tempatnya di hati. Kemudian ia disusuli dengan amalan kerana Tuhan Maha Pencipta".

Amal kebaikan nampak di mata zahir. Tetapi, niat di hati siapa tahu. Seandainya niat amal kebajikan kerana Allah beruntunglah. Tetapi seandainya kerana manusia atau mahukan pujian, rugilah. Segala kebaikan sekalipun mencecah atau sedalam bumi ciptaan tuhan atau seluas cakerawala sekali pun tidak dapat memberi apa-apa manfaat buat kita sekiranya bukan kerana Allah, akhirnya kita akan dihumbankan ke dalam api neraka yang marak menyala. Na'uzubillah..Itukah yang menjadi matlamat kita? Diseksa dengan dahsyatnya.
Maka lakukanlah segalanya hanya kerana Allah.

Nabi S.A.W pernah menyatakan: Setelah Allah S.W.T menjadikan Syurga Adnin, diciptakan pula di dalamnya segala nikmat yang tidak pernah dilihat dek mata. Tidak pernah didengar dek telinga. Bahkan tidak pernah terlintas tiap nikmat itu di dalam hati. Kemudian Tuhan menyuruh Syurga Adnin berkata. Lalu ia bercakap sesungguhnya berjayalah orang mukmin. Diulangkan perkataan itu sampai tiga kali. Kemudian dia berkata: "Aku ini haram dimasuki orang yang bakhil, dan orang yang kalau beramal suka menunjuk-nunjuk."

Zunnun Al-Misri pernah di soal bilakah kita dapat tahu seorang itu ikhlas.
Jawab Zunnun: Apabila dia mengerahkan segala tenaganya untuk mentaati Allah, dan suka pula dia jatuh pada pandangan manusia.

Demikian juga Yahya bin Muaz ditanya: Apakah alamat seorang yang ikhlas.
Jawabnya: Apabila seorang itu seperti kanak-kanak yang sedang menyusu, ketika itu dia tidak pedulikan sesiapa yang memujinya, juga tidak ia pedulikan siapa yang mencacinya.

Kata Hassan Al-Basri: "Masuknya seseorang ke dalam syurga atau neraka adalah berpunca daripada amalannya, dan kekal atau lamanya pula dia di dalam syurga atau neraka itu adalah kerana niatnya".




0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP