CINTA KEPADA IBU BAPA

>> Thursday, August 19, 2010

Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengan keizinan Allah melalui perantaraan ibu dan ayahlah seseorang itu lahir ke dunia. Islam telah meletakkan kedudukan yang tinggi keatas kedua ibu bapa dan memerintahkan setiap orang anak supaya menghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuatlah baik kepada dua orang ibu bapa......"

Cara-cara tertentu menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa:

  1. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keampunan untuk kedua ibu bapa.
  2. Memberitahu ibu bapa rasa kasih sayang,belas kasihan, rasa hormat, rasa terhutang budi dengan pengorbanan mereka dan mencium tangan kedua ibu bapa setiap kali keluar rumah.
  3. Kasih sayang dan penghargaan boleh dinyatakan melalui kiriman kad ucapan pada tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, kelahiran, mendapat kejayaan dan lain-lain.
  4. Memberi hadiah kepada ibu bapa juga perlu dibiasakan kerana ianya satu cara untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.

Akhlak dengan ibu bapa:

  1. Taat kepada kedua ibu bapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat(derhaka) kepada Allah dan Rasul.
  2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  3. Berdiri apabila kedua ibu bapa masuk atau mendapatkannya.
  4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu lain yang munasabah.
  5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
  6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
  7. Berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun.
  8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya,kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam(tidak diketahui oleh tetamu).
  10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  11. Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka.
  12. Tidak memotong perbualan mereka.
  13. Tidak keluar daripada rumahtanpa izin keduanya.
  14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  15. Tidak lebih memuliakan isteridan anak-anak daripada keduanya.
  16. Tidak menghina keduanya jika mereka tidak melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
  17. Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
  18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
  20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu dan bapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
  21. Tidak memanjangkan kaki di hadapan mereka.
  22. Tidak masuk sebelum mereka masuk,dan tidak berjalan di hadapan mereka.
  23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
  24. Memuliakan sahabat-sahabat mereka baik ketika mereka hidup atau setelah mati.
  25. Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibu bapa mereka.
  26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur'an:"Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP