LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN
>> Friday, August 27, 2010
PERSEDIAAN KEROHANIAN
- Pastikan niat anda untuk peperiksaan ini ke arah memartabatkan islam.
- Pastikan anda elakkan diri dari memakan, mendengar, menonton perkara yang diharamkan Allah.
- Pastikan anda perbanyakkan amalan sunat seperti puasa, sembahyang dan sedekah.
- Pastikan anda sentiasa mengharap dan meyakini rahmat dan kasih sayang Allah.
- Pastikan anda meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
PERSEDIAAN MENTAL
- Pastikan anda bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
- Pastikan anda membuat ulang kaji bagi topik yang difikirkan penting.
- Pastikan anda tidur yang mencukupi . Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
- Pastikan anda menjaga kesihatan diri seperti memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
- Pastikan anda membaca nota-nota ringkas yang disediakan.
- Pastikan anda mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
- Pastikan anda datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
- Pastikan anda menjawab soalan yang anda fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
- Pastikan anda berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
GOOD LUCK FOR YOUR EXAM
0 comments:
Post a Comment