Amallah Selalu!!!
>> Monday, January 17, 2011
Sabda Rasulullah s.a.w
Cogankata ini adalah bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi Maktab Mahmud sebagai sebuah pusat pengajian yang berteraskan agama dan Bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Di sebalik cogankata AL ILMU NUR yang membawa maksud ilmu itu pelita hidup, tersirat falsafahnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan belia-belia Islam yang berketrampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggi bagi memartabatkan nama Maktab Mahmud. Selain itu, pelajar-pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di Maktab Mahmud. Selain pendidikan yang berunsurkan keagamaan, dan pelajaran akademik pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menyemai ketahanan rohani dan jasmani agar kecemerlangan pelajar akan lebih terserlah untuk meneruskan kehidupan mereka yang kian hari kian mencabar
Sabda Rasulullah s.a.w
Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa.
Amat banyak penderhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini akibat daripada kelalaian dan hawa nafsu. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan.
Allah S.W.T befirman: "Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah". (al-nisa': 28)
Oleh itu, sudah pasti kita perlu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Rasullullah SAW bersabda: "Seiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat". (Ibnu Majah)
Berikut adalah antara amalan yang dijanjikan Allah S.W.T dan Rasulullah SAW akan dihapuskan dosa apabila dilakukan amalan tersebut:
Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga
Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda
Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu
Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu
PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan
Imam Syafie berkata: "Marah satu daripada panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya".
CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
PERSEDIAAN MENTAL
GOOD LUCK FOR YOUR EXAM
Read more...Ummah meliputi seluruh umat Islam tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan kedudukan.
Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengan keizinan Allah melalui perantaraan ibu dan ayahlah seseorang itu lahir ke dunia. Islam telah meletakkan kedudukan yang tinggi keatas kedua ibu bapa dan memerintahkan setiap orang anak supaya menghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuatlah baik kepada dua orang ibu bapa......"
Cara-cara tertentu menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa:
Akhlak dengan ibu bapa:
Read more...
Permukiman ini kan berakhir jua
Meninggalkan aneka nostalgia membelai jiwa
Musnahlah sudah secangkir harapan
Mengenangkan amanah yang tidak terlaksana
Hasrat yang masih tiada kesampaian
Bumi barakah kian tenatnya
Ketandusan jiwa yang memahami erti sebuah perjuangan
Abna barakah kian terkapai lemas disusut jahiliyyah
Suasana muram lantaran generasi kian lesu dan keluh kesah
Mutiara masih tidak ketemu, lantas iman kian gersang di jiwa
Wahai Rabbi, hati ini bagaikan terhijab dari hidayahMu
Karam dalam kealpaan alam remaja yang menipu
Apakah mentari bakal muncul semula
Masih sudi memancarkan sinarnya di lembah ini
Apalagi roh cahaya abna barakah kian kelam dan sirna
Mungkinkah kebahagiaan takkan bertapak lagi disini......
Bumi barakah menanti kebangkitan kalian
Wahai peribadi agung penerus perjuangan
Mencari mutiara menjadi tuntutan, biah solehah menjadi semboyan
Tarbiyyah rabbaniah kan mengemudi jiwa yang derita lagi kesepian
Masanya pasti kan tiba jua akhirnya,yakinlah dengan rahmat tuhan
Namun,diri ini tidak dapat merasai nikmatnya saat itu nanti
Masanya kian hampir untuk melangkah pergi
Oh,indahnya sepermukiman di lembah barakah ini
Wahai adik-adikku teruskan perjuangan yang diwariskan ini
Hanya sekalung doa dariku,moga dikau subur kembali.........
Bumi barakahku......
Dalam sebuah hadis nabi bersabda: "Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya . Niat tempatnya di hati. Kemudian ia disusuli dengan amalan kerana Tuhan Maha Pencipta".
Amal kebaikan nampak di mata zahir. Tetapi, niat di hati siapa tahu. Seandainya niat amal kebajikan kerana Allah beruntunglah. Tetapi seandainya kerana manusia atau mahukan pujian, rugilah. Segala kebaikan sekalipun mencecah atau sedalam bumi ciptaan tuhan atau seluas cakerawala sekali pun tidak dapat memberi apa-apa manfaat buat kita sekiranya bukan kerana Allah, akhirnya kita akan dihumbankan ke dalam api neraka yang marak menyala. Na'uzubillah..Itukah yang menjadi matlamat kita? Diseksa dengan dahsyatnya.
Maka lakukanlah segalanya hanya kerana Allah.
Nabi S.A.W pernah menyatakan: Setelah Allah S.W.T menjadikan Syurga Adnin, diciptakan pula di dalamnya segala nikmat yang tidak pernah dilihat dek mata. Tidak pernah didengar dek telinga. Bahkan tidak pernah terlintas tiap nikmat itu di dalam hati. Kemudian Tuhan menyuruh Syurga Adnin berkata. Lalu ia bercakap sesungguhnya berjayalah orang mukmin. Diulangkan perkataan itu sampai tiga kali. Kemudian dia berkata: "Aku ini haram dimasuki orang yang bakhil, dan orang yang kalau beramal suka menunjuk-nunjuk."
Zunnun Al-Misri pernah di soal bilakah kita dapat tahu seorang itu ikhlas.
Jawab Zunnun: Apabila dia mengerahkan segala tenaganya untuk mentaati Allah, dan suka pula dia jatuh pada pandangan manusia.
Demikian juga Yahya bin Muaz ditanya: Apakah alamat seorang yang ikhlas.
Jawabnya: Apabila seorang itu seperti kanak-kanak yang sedang menyusu, ketika itu dia tidak pedulikan sesiapa yang memujinya, juga tidak ia pedulikan siapa yang mencacinya.
Kata Hassan Al-Basri: "Masuknya seseorang ke dalam syurga atau neraka adalah berpunca daripada amalannya, dan kekal atau lamanya pula dia di dalam syurga atau neraka itu adalah kerana niatnya".
Peperiksaan penting seperti PMR,SMRAMM, SPM dan STAM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.
Persediaan-persediaan mestilah meliputi fizikal, mental, emosi dan rohani. Harapan MMPS, pelajar akan melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.
PERSEDIAAN FIZIKAL KESIHATAN
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
Tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti.Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama.
Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang wahai anak didik MMPS? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ??
http://ibnismail.wordpress.com
Assalamualaikum kepada warga Maktab Mahmud Pokok Sena..

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.
Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya.
Sebagaimana firman-NYA;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga)." (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: "ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
"Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah." (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; "Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
Sebagaimana Firman Allah-
"Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk."(al-Isra: 32)
Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.
VIDEO "cinta haram" : -
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emosi..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Hari : Setiap hari Ahad,minggu ketiga
Masa : 7.40 - 8.15 pagi
Tempat : Mengikut Kesusaian
Program : Mengikut Modul yg ditetapkan
Senarai agihan kelas untuk program Mentor dan Mentee :
1 ADIL : Pn Rosnida Bt. Wahab & Pn Nor Faizah Bt. Shahabudin
1 AMANAH : Pn Fatimah Bt. Marzuki & Pn Azizah Bt.Ismail
1 ARIF : Pn Khalijah Bt. Saad & Pn Maizul Bt. Yasin
2 ADIL : Pn Roshida Bt. Abd. Hamid & Pn Nora Bt. Al- Zahari
2 AMANAH : Pn Maznah Bt. Ramli & Pn Siti Rokiah Bt. Darus
2 ARIF : En Mohd Nur Zuhairi B. Ibrahim & En Thalib B. Md Rejab
3 ADIL : Pn Farahdila Bt. Syamsul Tajri & Pn Siti Khadijah Bt. Che Rose
3 AMANAH : Pn Zirwatul Amal Bt. Abdullah & Pn Hasriah Bt. Othman
3 ARIF : En Mohd Izuwan B. Ahmad & En Yuhyi B. Md. Isa
4 ADIL : Pn Shahrani Bt. Salleh & Pn Suhaini Bt. Abd. Rahman
4 AMANAH : Cik Bushra Bt. Abu Hassan & Pn Azian Bt.Md. Salleh
4 ARIF : En Abdul Halim B. Md Nor & En Mahmad Zukri B. Md Hassan
5 ADIL : Pn Nurul Huda Hayati Bt. Abd Talib & Pn Romlah Bt. Osman
5 AMANAH : Cik Irawati Bt. Ismail & Pn Norhaliza Bt. Abd Hamid
5 ARIF : En Aminuddin B. Ahmad & En Abdullah B. Taib
6 ADIL : Pn Zuraina Bt. Md Tahir & Pn Aminah Bt. Wahab
6 AMANAH : En Abdul Rahim B. Kodir & Pn Rohaza Bt. Ramli
6 ARIF : En Muhaizam Bt. Md Ishak & En Abdullah B. Talib
Kegiatan kokurikulum sekolah yg merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah.Kegiatan ini adalah sebahagian drpd proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sbg penyumbang dan pelengkap kpd keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan Pasukan Badan Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu drpd setiap jenis aktiviti tersebut.
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar untuk bergiat lebih aktif dlm kegiatan kokurikulum.Semua pelajar mempunyai peluang yg sama untuk memperolehi markah krn penilaian yg dibuat adalah setara.Bagi pelajar yg bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, penglibatan yg cemerlang dlm aktiviti kokurikulum blh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Antara objektif kegiatan kokurikulum :-
Di MMPS telah diwujudkan beberapa kegiatan kokurikulum.Antaranya:
1. Jenis-jenis Pasukan Badan Beruniform:
- Persatuan Bulan Sabit Malaysia
- Pergerakan Puteri Islam Malaysia
- PROSTAR
- Persatuan Seni Silat Sekolah
2. Kelab/Persatuan:
- Persatuan Bahasa Melayu
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Pendidikan Islam
- Persatuan Sains dan Matematik
- Persatuan Bahasa Arab
- Persatuan Sejarah dan Geografi
- Kelab Kesenian dan Kebudayaan
3. Jenis-jenis Sukan/Permainan:
- Bola Jaring
- Bola Tampar
- Bola Sepak
- Pingpong
- Sepak Takraw
- Futsal
MUHARRAM
-Maal Hijrah/Awal Muharram pd 1 hr bulan
-Kematian Saidina Husein b. Ali ( cucunda Rasulullah s.a.w ) di Karbala pd 10 haribulan tahun 61 Hijrah.
SAFAR
-Peperangan Bani Qainuqak pd thn ke-3 Hijrah.
-Peperangan Khaibar pd thn ke-1 Hijrah
-Kegeringan baginda Rasulullah s.a.w
RABIUL AWWAL
-Perlantikan baginda Rasulullah s.a.w menjadi rasul.
-Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar di gua Hira' untuk berhijrah ke Madinah pd 2 , 3 dan 4 haribulan.
-Pembinaan masjid pertama di Quba' pd 8 haribulan
-Hari keputeraan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan.
-Ketibaan Rasulullah di Madinah dlm peristiwa Hijrah.
-Kewafatan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan.
RABIUL AKHIR
-Berlakunya peperangan Jamal (Unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
-Penyerahan kuasa pemerintahan dari Hasan b. Ali kpd Mu'awiyah.
-Tegaknya kerajaan Umaiyah.
JAMADIL AWWAL
-Kelahiran Saidina Ali b. Talib pd 8 haribulan.
-Berlakunya peperangan Bani
JAMADIL AKHIR
-Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia pd 23 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pd 8 haribulan tahun 13 Hijrah.
-Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dlm tahun 13 Hijrah.
-Serangan atas Kota Makkah dan tembakan bangunan Kaabah tahun 7 Hijrah oleh tentera al-Hajjaj as-Saqafi.
-Pembunuhan atas Abdullah b. Zubir yg memerintah Kota Makkah oleh al-Hajjaj as-Saqafi bg pihak Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
-Kelahiran Siti Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah s.a.w pd 20 haribulan.
REJAB
-Berlaku peristiwa Isra' Mikraj pd 26/27 haribulan.
-Sembahyang lima waktu disyariatkan dlm peristiwa Isra' Mikraj.
-Berlakunya peperangan Tabuk, peperangan terakhir disaksikan Rasulullah s.a.w.
SYA'BAN
-Malam Nisfu Sya'ban pd 14 haribulan.
-Penukaran kiblat dr Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah pd 15 haribulan.
-Peperangan Bani Mustalik tahun ke-5 Hijrah.
RAMADHAN
-Bulan Ramadhan difardukan atas umat Islam mengerjakan ibadah puasa.
-Berlakunya peperangan Badar pd 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah.
-Penyempurnaan pembukaan Kota Makkah pd 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah.
-Permulaan turunnya ayat2 suci al-Quran pd 17 haribulan.
-Tragedi pembunuhan Saidina Ali dlm tahun ke-40 Hijrah,beliau wafat dlm kecederaan ketika memasuki Masjid Kufah pd 17 Ramadhan tahun ke-40 Hijrah.
SYAWAL
-Umat Islam merayakan Hari Raya Fitri pd 1 haribulan.
-Berlakunya peperangan Khandak pd tahun ke-5 Hijrah.
-Kejayaan tentera Islam pd zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Madain.
-Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Parsi yg dikenali dengan nama Istana Putih.
ZULKAEDAH
-Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan berlaku dlm bulan ini.
-Rasulullah s.a.w menunaikan Haji Wida'.
ZULHIJJAH
-Orang Islam yg mampu difardukan menunaikan haji di Makkah pd setiap bln ini.
-Peristiwa Haji Wida' berlaku pd 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah.
-Rasulullah s.a.w menyampaikan pidato kpd kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadah haji.
-Saidina Umar al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Parsi beragama Majusi pd malam Rabu akhir bulan ini pd 23 Hijrah.
-Saidina Uthman b. Affan dibunuh di rumahnya di samping tangannya memegang al-Quran pd 18 haribulan tahun 35 Hijrah.
-Penyerahan kuasa di Kufah oleh Saidina Hassan b. Ali kpd Muawiyah b. Abi Sufian.
Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. "Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasulallah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bisshalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku,umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP