CINTA KEPADA IBU BAPA

>> Thursday, August 19, 2010

Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengan keizinan Allah melalui perantaraan ibu dan ayahlah seseorang itu lahir ke dunia. Islam telah meletakkan kedudukan yang tinggi keatas kedua ibu bapa dan memerintahkan setiap orang anak supaya menghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuatlah baik kepada dua orang ibu bapa......"

Cara-cara tertentu menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa:

  1. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keampunan untuk kedua ibu bapa.
  2. Memberitahu ibu bapa rasa kasih sayang,belas kasihan, rasa hormat, rasa terhutang budi dengan pengorbanan mereka dan mencium tangan kedua ibu bapa setiap kali keluar rumah.
  3. Kasih sayang dan penghargaan boleh dinyatakan melalui kiriman kad ucapan pada tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, kelahiran, mendapat kejayaan dan lain-lain.
  4. Memberi hadiah kepada ibu bapa juga perlu dibiasakan kerana ianya satu cara untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.

Akhlak dengan ibu bapa:

  1. Taat kepada kedua ibu bapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat(derhaka) kepada Allah dan Rasul.
  2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  3. Berdiri apabila kedua ibu bapa masuk atau mendapatkannya.
  4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu lain yang munasabah.
  5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
  6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
  7. Berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun.
  8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya,kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam(tidak diketahui oleh tetamu).
  10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  11. Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka.
  12. Tidak memotong perbualan mereka.
  13. Tidak keluar daripada rumahtanpa izin keduanya.
  14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  15. Tidak lebih memuliakan isteridan anak-anak daripada keduanya.
  16. Tidak menghina keduanya jika mereka tidak melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
  17. Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
  18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
  20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu dan bapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
  21. Tidak memanjangkan kaki di hadapan mereka.
  22. Tidak masuk sebelum mereka masuk,dan tidak berjalan di hadapan mereka.
  23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
  24. Memuliakan sahabat-sahabat mereka baik ketika mereka hidup atau setelah mati.
  25. Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibu bapa mereka.
  26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur'an:"Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

Read more...

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

>> Monday, August 16, 2010

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu...merayu...kepada-Nya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini ramadhan terakhir
tentu solatmukau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh an qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...mengisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wawamati lillahirabbil'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu... merintih... meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"
andai kau tahu ini ini Ramadhan terakhir
tentu dirimutak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari... suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan...lorong-lorong rinda Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
jadikanlahia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hatiku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sna nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi
dirinya
yang mampu bagi seorng hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-Nya
"MARHABAN YAA RAMADHAN"
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
Salam Kemaafan

Read more...

BICARA BUAT BUMI BARAKAH

>> Monday, August 2, 2010

Permukiman ini kan berakhir jua
Meninggalkan aneka nostalgia membelai jiwa
Musnahlah sudah secangkir harapan
Mengenangkan amanah yang tidak terlaksana
Hasrat yang masih tiada kesampaian

Bumi barakah kian tenatnya
Ketandusan jiwa yang memahami erti sebuah perjuangan
Abna barakah kian terkapai lemas disusut jahiliyyah
Suasana muram lantaran generasi kian lesu dan keluh kesah
Mutiara masih tidak ketemu, lantas iman kian gersang di jiwa
Wahai Rabbi, hati ini bagaikan terhijab dari hidayahMu
Karam dalam kealpaan alam remaja yang menipu

Apakah mentari bakal muncul semula
Masih sudi memancarkan sinarnya di lembah ini
Apalagi roh cahaya abna barakah kian kelam dan sirna
Mungkinkah kebahagiaan takkan bertapak lagi disini......

Bumi barakah menanti kebangkitan kalian
Wahai peribadi agung penerus perjuangan
Mencari mutiara menjadi tuntutan, biah solehah menjadi semboyan
Tarbiyyah rabbaniah kan mengemudi jiwa yang derita lagi kesepian
Masanya pasti kan tiba jua akhirnya,yakinlah dengan rahmat tuhan

Namun,diri ini tidak dapat merasai nikmatnya saat itu nanti
Masanya kian hampir untuk melangkah pergi
Oh,indahnya sepermukiman di lembah barakah ini
Wahai adik-adikku teruskan perjuangan yang diwariskan ini
Hanya sekalung doa dariku,moga dikau subur kembali.........
Bumi barakahku......

Read more...

Niat Penentu Segalanya

>> Thursday, July 29, 2010

Dalam sebuah hadis nabi bersabda: "Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya . Niat tempatnya di hati. Kemudian ia disusuli dengan amalan kerana Tuhan Maha Pencipta".

Amal kebaikan nampak di mata zahir. Tetapi, niat di hati siapa tahu. Seandainya niat amal kebajikan kerana Allah beruntunglah. Tetapi seandainya kerana manusia atau mahukan pujian, rugilah. Segala kebaikan sekalipun mencecah atau sedalam bumi ciptaan tuhan atau seluas cakerawala sekali pun tidak dapat memberi apa-apa manfaat buat kita sekiranya bukan kerana Allah, akhirnya kita akan dihumbankan ke dalam api neraka yang marak menyala. Na'uzubillah..Itukah yang menjadi matlamat kita? Diseksa dengan dahsyatnya.
Maka lakukanlah segalanya hanya kerana Allah.

Nabi S.A.W pernah menyatakan: Setelah Allah S.W.T menjadikan Syurga Adnin, diciptakan pula di dalamnya segala nikmat yang tidak pernah dilihat dek mata. Tidak pernah didengar dek telinga. Bahkan tidak pernah terlintas tiap nikmat itu di dalam hati. Kemudian Tuhan menyuruh Syurga Adnin berkata. Lalu ia bercakap sesungguhnya berjayalah orang mukmin. Diulangkan perkataan itu sampai tiga kali. Kemudian dia berkata: "Aku ini haram dimasuki orang yang bakhil, dan orang yang kalau beramal suka menunjuk-nunjuk."

Zunnun Al-Misri pernah di soal bilakah kita dapat tahu seorang itu ikhlas.
Jawab Zunnun: Apabila dia mengerahkan segala tenaganya untuk mentaati Allah, dan suka pula dia jatuh pada pandangan manusia.

Demikian juga Yahya bin Muaz ditanya: Apakah alamat seorang yang ikhlas.
Jawabnya: Apabila seorang itu seperti kanak-kanak yang sedang menyusu, ketika itu dia tidak pedulikan sesiapa yang memujinya, juga tidak ia pedulikan siapa yang mencacinya.

Kata Hassan Al-Basri: "Masuknya seseorang ke dalam syurga atau neraka adalah berpunca daripada amalannya, dan kekal atau lamanya pula dia di dalam syurga atau neraka itu adalah kerana niatnya".




Read more...

Persediaan untuk menghadapi Peperiksaan

>> Wednesday, July 28, 2010

Peperiksaan penting seperti PMR,SMRAMM, SPM dan STAM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Persediaan-persediaan mestilah meliputi fizikal, mental, emosi dan rohani. Harapan MMPS, pelajar akan melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

PERSEDIAAN FIZIKAL KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.


Tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti.Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama.
Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang wahai anak didik MMPS? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ??





http://ibnismail.wordpress.com

Read more...

Perkhidmatan yg Maju

Assalamualaikum kepada warga Maktab Mahmud Pokok Sena..


Coretan ini hanya untuk tatapan semua warga mmps samaada masih di MMPS ataupun dah keluar..hanya satu perkongsian..

MMPS sudah mula mencipta perubahan terbaru..perubahan yang dikira tidak terjangka oleh semua pelajar-pelajar MMPS..MMPS yg terkenal dgn sekolah yg mempunyai banyak kekurangan sehingga ramai yang x berminat dgn sek ini telah mengubah persepsi masyarakat setelah semua kemudahan yang diimpi-impikan oleh semua pelajar dahulu kala tercapai walaupun sedikit..antara kemudahan yg disediakan ialah makmal komputer,makmal sains, blik mesyuarat yg baru,surau yg telah diperbaiki, asrama untuk pelajar lelaki,padang futsal dan banyak lagi..

Seterusnya,ada satu perkhdmatan terbaru disediakan juga iaitu sejenis mesin yang menjual air..huhu..lawak pun ada...(xtahu nma mesin ni nma apa)





Read more...

Fenomena COUPLE..

>> Monday, July 26, 2010

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam?
Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya.
Sebagaimana firman-NYA;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga)." (Ali Imran: 14).


Berkata Imam Qurthubi: "ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
"Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita yang solehah." (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; "Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Sebagaimana Firman Allah-
"Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan jalan yang buruk."(al-Isra: 32)

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.
Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.



VIDEO "cinta haram" : -

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP