Amallah Selalu!!!

>> Monday, January 17, 2011

Sabda Rasulullah s.a.w

"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"...

1.BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM : pd tiap2 hendak melakukan sesuatu.
2.ALHAMDULILLAH : pd tiap2 habis melakukan sesuatu.
3.ASTAGFIRULLAH : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.INSYAALLAH : jika ingin melakukan sesuatu pd masa akan datang.
5.LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.INNALILLAH : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.LAAILAAHAILLALLAH : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak2nya.

p/s : amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Read more...

Amalan Hapuskan dosa

>> Saturday, October 23, 2010

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa.
Amat banyak penderhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini akibat daripada kelalaian dan hawa nafsu. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan.
Allah S.W.T befirman: "Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah". (al-nisa': 28)

Oleh itu, sudah pasti kita perlu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Rasullullah SAW bersabda: "Seiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat". (Ibnu Majah)

Berikut adalah antara amalan yang dijanjikan Allah S.W.T dan Rasulullah SAW akan dihapuskan dosa apabila dilakukan amalan tersebut:

  • WuduK
  • AzaN
  • Berjalan Ke Masjid
  • Solat lima waktu
  • Solat Jumaat
  • Aminkan Doa
  • Qiamullail
  • Solat Taubat
  • Zikir

Read more...

PUTeRa PuTeRi

>> Friday, September 3, 2010

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan

Read more...

BaCa ISTIAZAH aPabiLa MaRaH

>> Friday, August 27, 2010

Imam Syafie berkata: "Marah satu daripada panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya".

CARA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH

  • Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita termasuk kebengisan kita dan kerana itu kita perlu rasa malu dengan-Nya.
  • Selalu ingatlah kita adalah manusia yang hina.
  • Banyakkan berdiam diri di samping panjatkan doadan harapan supaya Allah lindungi kita daripada bersifat marah.
  • Sebaik-baiknya fikirkanlah kesan daripada kemarahan itu, yang mungkin membawa permusuhan dan dendam orang yang dimarahi.
  • Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Sekiranya tidak percaya, hadaplah muka kepada cermin apabila marah.
  • Apabila diselubungi perasaan marah, segera membaca istiazah iaitu berlindung daripada kejahatan syaitan kerana marah datang daripada syaitan.
  • Kalau marah lagi, ambillah wuduk kerana berwuduk dapat menyejukkan hati yang sedang membara.
  • Sekiranya tidak berjaya, cubalah tidur kerana ia dapat menghilangkan perasaan marah selepas bangun kelak.
  • Akhir sekali, cuba ingatkan diri kita, sekiranya kita tidak suka dimarahi atau memang alah kerana mungkin ada penyakit jantung, orang lain begitu juga. Haa, susahkah untuk bercakap dengan lemah lembut dan bersopan?

Read more...

LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN KEROHANIAN
  • Pastikan niat anda untuk peperiksaan ini ke arah memartabatkan islam.
  • Pastikan anda elakkan diri dari memakan, mendengar, menonton perkara yang diharamkan Allah.
  • Pastikan anda perbanyakkan amalan sunat seperti puasa, sembahyang dan sedekah.
  • Pastikan anda sentiasa mengharap dan meyakini rahmat dan kasih sayang Allah.
  • Pastikan anda meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

PERSEDIAAN MENTAL

  • Pastikan anda bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
  • Pastikan anda membuat ulang kaji bagi topik yang difikirkan penting.
  • Pastikan anda tidur yang mencukupi . Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
  • Pastikan anda menjaga kesihatan diri seperti memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
  • Pastikan anda membaca nota-nota ringkas yang disediakan.
  • Pastikan anda mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
  • Pastikan anda datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
  • Pastikan anda menjawab soalan yang anda fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
  • Pastikan anda berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

GOOD LUCK FOR YOUR EXAM

Read more...

CINTA KEPADA UMMAH

>> Friday, August 20, 2010

Ummah meliputi seluruh umat Islam tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan kedudukan.


Sabda Rasuullah S.A.W
"Tidak sempurna keimanan dari seseorang kamu sebelum aku dicintai, lebih dari mencintai ibu bapa, anaknya dan seluruh umat manusia."
(Riwayat Bukhori)


KENAPA PERLU CINTA KEPADA UMMAH:
  • Kerana manusia diciptakan sebagai insan yang saling bergantungan untuk mencapai matlamat.
  • Untuk mengelakkan pertelingkahan antara umat Islam.
  • Untuk menggalakkan semangat bantu-membantu dan bekerjasama antara umat Islam.


BAGAIMANA UNTUK MENCINTAI UMMAH?
  • Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan seperti memberi derma, mengambil anak angkat dan sebagainya.
  • Menjadikan kecintaan sebagai satu kewajiban kepada setiap umat Islam.
  • Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.

Read more...

CINTA KEPADA IBU BAPA

>> Thursday, August 19, 2010

Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan seseorang. Dengan keizinan Allah melalui perantaraan ibu dan ayahlah seseorang itu lahir ke dunia. Islam telah meletakkan kedudukan yang tinggi keatas kedua ibu bapa dan memerintahkan setiap orang anak supaya menghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuatlah baik kepada dua orang ibu bapa......"

Cara-cara tertentu menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa:

  1. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keampunan untuk kedua ibu bapa.
  2. Memberitahu ibu bapa rasa kasih sayang,belas kasihan, rasa hormat, rasa terhutang budi dengan pengorbanan mereka dan mencium tangan kedua ibu bapa setiap kali keluar rumah.
  3. Kasih sayang dan penghargaan boleh dinyatakan melalui kiriman kad ucapan pada tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, kelahiran, mendapat kejayaan dan lain-lain.
  4. Memberi hadiah kepada ibu bapa juga perlu dibiasakan kerana ianya satu cara untuk meningkatkan kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.

Akhlak dengan ibu bapa:

  1. Taat kepada kedua ibu bapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat(derhaka) kepada Allah dan Rasul.
  2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
  3. Berdiri apabila kedua ibu bapa masuk atau mendapatkannya.
  4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu lain yang munasabah.
  5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
  6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
  7. Berbincang dengan keduanya dalam apa perkara sekalipun.
  8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
  9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya,kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam(tidak diketahui oleh tetamu).
  10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  11. Tidak meninggikan suara sama ada di belakang atau di hadapan mereka.
  12. Tidak memotong perbualan mereka.
  13. Tidak keluar daripada rumahtanpa izin keduanya.
  14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
  15. Tidak lebih memuliakan isteridan anak-anak daripada keduanya.
  16. Tidak menghina keduanya jika mereka tidak melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
  17. Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.
  18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
  19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
  20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu dan bapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
  21. Tidak memanjangkan kaki di hadapan mereka.
  22. Tidak masuk sebelum mereka masuk,dan tidak berjalan di hadapan mereka.
  23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
  24. Memuliakan sahabat-sahabat mereka baik ketika mereka hidup atau setelah mati.
  25. Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibu bapa mereka.
  26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur'an:"Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP