Cogankata ini adalah bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi Maktab Mahmud sebagai sebuah pusat pengajian yang berteraskan agama dan Bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Di sebalik cogankata AL ILMU NUR yang membawa maksud ilmu itu pelita hidup, tersirat falsafahnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan belia-belia Islam yang berketrampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggi bagi memartabatkan nama Maktab Mahmud. Selain itu, pelajar-pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di Maktab Mahmud. Selain pendidikan yang berunsurkan keagamaan, dan pelajaran akademik pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menyemai ketahanan rohani dan jasmani agar kecemerlangan pelajar akan lebih terserlah untuk meneruskan kehidupan mereka yang kian hari kian mencabar
Alhamdulillah peperiksaan SYAHADAH buat ting.6 sudah pun selesai yang bermula pada hari selasa lepas 1.9.2009 dan berakhir pada 3.9.2009( Hari Khamis).. Semoga anda semua berjaya..
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
0 comments:
Post a Comment