Melambangkan ketahanan dan kekuatan mental serta fizikal warga Maktab Mahmud serta mempunyai semangat yang kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Lampu
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat kepada kehidupan.
3. Buku
Melambangkan sumber pengetahuan.
BENDERA SEKOLAH
MAKSUD BENDERA 3 JALUR
Mewakili ILMU, IMAN dan AMAL yang sentiasa dititikberatkan di kalangan warga Maktab mahmud.
KHANDIL
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat dalam kehidupan.
HIJAU
Adalah lambang keislaman yang berunsurkan ketenangan dan keharmonian
KUNING
Maktab Mahmud dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah
PUTIH
Kejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.
Cogankata ini adalah bersesuaian dengan tujuan dan inspirasi Maktab Mahmud sebagai sebuah pusat pengajian yang berteraskan agama dan Bahasa Arab disertai dengan pelajaran akademik yang lain. Di sebalik cogankata AL ILMU NUR yang membawa maksud ilmu itu pelita hidup, tersirat falsafahnya yang tersendiri iaitu untuk melahirkan belia-belia Islam yang berketrampilan dan mempunyai daya profesionalisme yang tinggi bagi memartabatkan nama Maktab Mahmud. Selain itu, pelajar-pelajar juga dididik agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat setelah pembelajaran mereka selesai di Maktab Mahmud. Selain pendidikan yang berunsurkan keagamaan, dan pelajaran akademik pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk menyemai ketahanan rohani dan jasmani agar kecemerlangan pelajar akan lebih terserlah untuk meneruskan kehidupan mereka yang kian hari kian mencabar
Tahniah buat pelajar ting.4 kerana dapat mengikuti seminar SMRAM pada 1-3.09.2009 yang diadakan di Dewan MMPS.Seminar itu dikendalikan oleh guru-guru pengalaman samada dari dalam ataupun luar.Semoga seminar tersebut dapat membantu anda semua pada peperiksaan sebenar ..
0 comments:
Post a Comment